Kata-kata Aluan Ketua Unit

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang berjaya membangunkan laman web Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini. Penghasilan laman web ini menggambarkan suatu manifestasi mantap kerja berpasukan dan komitmen bersepadu yang tinggi dalam organisasi Unit LDP, IPGK Ipoh. Semoga amalan ini akan berterusan demi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam mengendalikan bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas latihan dan kursus.

Unit LDP merupakan sebuah unit yang berperanan membangunkan dan mengembangkan potensi warganya. Semua pensyarah dan staf sokongan dapat mengembangkan kompetensi mereka melalui kursus dan latihan yang berkesan. Setiap warga IPGK Ipoh mempunyai potensi yang tersendiri dan akan dikembangkan melalui program-program yang disediakan secara teratur dan tersusun sepertimana hasrat kerajaaan untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara maju. Unit LDP, IPGK Ipoh bertanggungjawab memastikan pensyarah-pensyarah dapat melahirkan bakal guru yang lebih kreatif dan kritis supaya semua Aspirasi Murid dapat dicapai sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua warga IPGK Ipoh akan mendapat manfaat atas usaha murni ini. Semoga semua pegawai Unit LDP akan bekerja bersungguh-sungguh dalam merealisasikan misi dan visi Unit LDP IPGK Ipoh.